Category Catatan

Bicara Pembuka Tirai 2013

Telah hampir 2 bulan sekolah telah dibuka. Febuari pun bakal menutup tirai dua tiga hari lagi. Cikguromie.net telah masuk tahun ke2, walaupun pada dasarnya pembinaan portal Lkj ini adalah sejak tahun 2009 dengan nama lkj.gtechprk.net. Pelbagai perubahan sedikit demi sedikit telah menghiasi cikguromie.net bagi memudahkan pengguna menggunakan laman ini. Pelbagai bahan juga telah ditambah baik bagi memberikan informasi serta bahan latihan berguna kepada pelajar.

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah kepada cikguromie.net apabila telah diberi dua pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan iaitu BEST E-LEARNING APICTA 2012 dan Johan Educational Blogging 2012. Tidak pernah terfikir sehingga begitu jauh pencapaian cikguromie...

Read More

Bersama Cikgu Romie

bersama cikgu romie 2

Bersama Cikgu Romie adalah blog yang dibina bagi perbincangan dan berkongsi idea tentang teknologi dalam pendidikan. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam teknologi maklumat ini, sekadar berkongsi pengalaman dan idea sepanjang saya menjadi guru. Saya sering ditanya oleh rakan-rakan guru itu dan ini berkaitan dengan teknologi-teknologi yang hadir bertalu-talu tanpa ada sekatan. Setiap hari ada sahaja gadjet atau software baru dicipta. Banyak blog yang membincangkan penggunaan gadjet-gadjet canggih ini di internet, tapi bagi saya seorang guru lebih fokus kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Bagaimana teknologi ini dapat membantu guru-guru menjadikan pengajaran mereka lebih bermakna.

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya kepada saya ‘Mie, aku nak beli laptop la, laptop jenis apa yang ...

Read More