Setiap sekolah telah dibekalkan dengan LCD projektor, tetapi kebanyakannya sudah berumur. Banyak juga yang telah rosak, bukan sebab selalu guna tapi rosak disebabkan tersimpan rapi di bilik khas tanpa diusik. Sebab apa? Malas betul la nak pinjam LCD projektor ni, kene isi borang le, kene jumpa PK dulu le nak amik kunci, bayangkan tiap-tiap hari nak ngisi borang.
Jadi sudah ramai cikgu yang lebih suka beli sendiri LCD projektor ini. Bukan rugi pun beli, sekurang-kurangnya dapat gak saham di sana nanti. Bayangkan satu kelas ade 30 org pelajar, sehari 5 kelas, 30x5xbil persekolahan.. haha.. jadi cikgu-cikgu nie memang tak berkira sangat la.. tengok je laptop-laptop cikgu boleh dikira dengan jari jika ade cikgu2 yang gunakan Laptop PPSMI dulu.. Semua dah beli sendiri laptopnya..
Ok, panjang plak membebel.. hehe.. Baiklah dalam post nie saya akan berikan panduan bagaimana nak memilih projektor yang sesuai dalam kelas. JANGAN TANYE BRAND APE YANG BAGUS YEA..
LCD/DLP/LED
Terdapat pilihan jenis LCD/DLP/LED.. jadi jawapan saya yang sesuai digunakan di kelas adalah LCD dan DLP. Ngape Romie ooii.. LED hanya sesuai untuk bilik gelap kerana ANSI LUMEN kurang 1000. Kebanyakan LCD dan DLP ANsi Lumen lebih 2000. Ape bende plak ANSI LUMEN nie?? penin akak baca nie..
ANSI LUMEN – Brightness
ANSI LUMEN adalah pengukuran tahap kecerahan (brightness) bagi projektor. Jika kita gunakan projektor dalam kawasan yang agak gelap kadar kecerahan projektor ini tak kisah le sangat, tapi klu kita nak guna dalam kelas, maklum ajela dengan takde langsirnya, ngajo lagi jam 12 tghari tak ke kene cahaya projektor lebih terang daripada cahaya yang ade. Jadi pilihlah projektor yang mempunya ANSI LUMEN lebih daripada 2500.
Lamp hour
DLP/LCD projektor mempunyai jam waktu penggunaan yang terhad. Biasanya antara 3000 ke 6000 jam, jika dibandingkan dengan LED projektor yg boleh mencapai sehingga 20 000 jam. Tapi tidak mengapa kerana sekarang nie da banyak kedai yg boleh tukar lampu tu. Harga tukar lebih kurang RM300 ke RM500. Berdasarkan pengalaman, saya menggunakan LCD projector untuk mengajar setiap hari. Sejak tahun 2010 sehingga kini kadar penggunaan hanya 65%. Jadi kira la berapa lama saya boleh guna lagi.
Nisbah Contrast
Nisbah contrast ini menentukan perbezaan warna pada imej yang dipancarkan oleh projektor. Contohnya pada slide ade warna biru, merah dan hitam, bila kita pancarkan guna projektor itu nampak lebih kurang sama je warnanya maknanya ratio contrastnya rendah, tapi jika jelas beza warnanya maka nisbahnya tinggi. Pilihlah nisbah contrast lebih 2000:1
Berat
Kadar berat projektor juga perlu diambil berat. Bayangkan hari-hari kita nak mengusungnya ke kelas. klu berat mau senget bahu. Dalam bab ini memang LCD/DLP projektor akan kalah dengan LED. LED menawarkan saiz compact sehingga ada yang sebesar tapak tangan. Jangan banyak cerita berat DLP/LCD yang standard adalah antara 2.2Kg dan ke atas. Saya ade jumpa yang paling ringan adalah seberat 1.9kg. Ok gak tu.
bagaimana pula dari segi jenama??? apakah jenama projektor yang baik dan berpatutan dari segi harganya?? adakah semua projector ini compatible dengan vcam image projector cikgu??
bagi saya jenama tidak begitu penting.. saya lebih suka mengkaji dari segi spesifikasi yang diberikan oleh sesuatu projektor.. saya telah menggunakan vcam dengan LCD projector ansi Lumen 2500 dan tidak ada masalah dari segi keterangan pancaran walaupun dalam keadaan terang. biar apa pun jenama yang kita gunakan yang penting adalah kita puas dengan apa yang diberikan Value for money..
Salam Cikgu..tertarik dgn topic yg sedang dibincangkan ini.. boleh tak cikgu kasi projektor model apa yg sedang cikgu pakai skrg ni.saya berhajat nak pasang dekat kedai makan saya nnti..terima kasih
Saya tidak mementingkan jenama. apa yang penting adalah dari segi spesifikasi yg ditawarkan. seperti yang diterangkan ANSI LUMEN perlu lebih 2500 dan dari segi saiz perlulah kecil dan ringan supaya mudah dibawa. Pastikan juga ada port HDMI kerana kebanyakan gadjet sekarang menggunakan hdmi sebagai paparan luaran
LCD ansi lumen 2500 berapa harga dia dimana saya boleh dapatkan. Saya tinggal di Selama perak
Kat Lazada pun ada cikgu Bada… online sajooooo…
rosfaizul…
Sy telah membeli mini projektor lcd..ansi lumen hanya 40..jd apabila sy menayangkan pd kelas, paparan adalah tidak jelas. Soalan sy, bolehkah sy menukar ansi lumen tetapi menggunakn projektor yg sama? Apa pendapat anda?
LED projector n LCD projector menggunakan 2 sistem yg berbeza, biasanya LED projector digunakan di tempat yg betul2 gelap spt digunakan di rumah utk tonton video. Untuk kegunaan di kelas sesuai gunakan LCD atau LDP projector. Ansi lumen tidak boleh ditukar, alamatnya kene beli LCD projector yg baru..
cikgu nak tnya, untuk contrast ratio, 13000:1 berbanding 2000:1 mana lagi bagus?
13000:1 lebih bagus.. perbezaan warna akan lebih jelas
Saya nak ajak semua pembaca blog nie pikir kembali mengenai isu nie…
memang dah makin tenggelam ngan isu2 lain .. tapi penulis mengingatkan kita balik ngan isu nie…
rasa adabaiknya kita pikir kembali isu nie…
cikgu, bagaimana pula kalau mini projektor? senang bawa masuk kelas ke kelas
sekarang nie dah bayak lcd projector yg kecil, ada sy tengok jenis BENQ saiz saiz buku teks sahaja, cuma jangan beli yg jenis LED bersaiz terlalu kecil kerana tak sesuai utk digunakan didalam kelas
Assalam. Cikgu blh x suggest jenama n model LCD yg pling bgus utk p&p dlm kls. Bajet 2k ke bwah.
boleh cuba panasonic atau Epson sbb kecik
tq cikgu.. sgt membantu.. tp cikgu, kat mana tempat syok , byk pilihan nak shopping lcd ni? kat lowyat ke?
yup.. jawapan yg tepat..
TQ Cikgu Romie atas perkongsian artikel ni. Saya pun tengah berkira-kira nak beli projektor sendiri. Sekolah punya semua dah rosak, lamp hour sume dah ended. Nak kena tukar bulb gayanya, cumanya ongkosnya la yang pening nak cari tu.
Cikgu…apa pula ciri2 projektor yg baik untuk kita gunakan untuk menonton movie sehingga rasa mcm duduk dalam cinema hall..di samping sesuai utk kegunaan pengajaran di kelas yg agak terang..
Terpulang kepda poket anda.. jika mempunyai kewangan yg lebih pasti saiz wayang yg lebih besar diperolehi.. sistem bunyi juga penting dalam mewujudkan suasana CINEMA
Cikgu Romie, tq for sharing. Sudah lama saya ingin belikan sebuah LCD projector untuk kegunaan PdP. Tengah simpan duit untuk tujuan tersebut. Apakah pandangan cikgu Romie tentang LCD second hand? Sebab harganya lbh kurang rm1k dan ke bawah
elok beli yg baru sbb projector sekarang pun dah turun harganya..
Assalammualaikum cikgu.
Nak tanya berkenaan DLP dan LCD.
Mana yang lebih baik DLP atau LCD? Saya cuba cari perbezaan antara LCD dn DLP tapi masih x faham. Mohon pencerahan.
T.kasih
sy ada projector nk jual..sesuai untuk kdai makan…berminat blh wasap 010-2354610
Salam cikgu
Nk tye, klu untuk dewan besar sekolah…berapa minimum ansi lumen yg ok?
ansi lumen 3000 pun sudah cukup.. biasa saya buat ceramah di dewan guna ansi lumen 3000 boleh nampak lagi dari belakang
Tips yang sgt berguna.. Aya pun sekarang tengah mencari mini projector untuk buat ceramah kesihatan kepada staf.. hihihi
Info Sgt berguna cikgu, maaf ingin berTanya, apabila di on paparan skrin berfungsi tetapi image bertukar light pink/yellow adakah lampu mengalami kerosakan? Trimaksh
Cuba cikgu cuba tukar kabel yg lain.. mungkin masalah kabel..
salam. cikgu..setakat yang saya survey.. projectors yang tinggi ansi lumen ni berat berbanding yang rendah ansi lumennya seperti LED..
soalan satu, Ada x projectors yang ansi Lumen nya tinggi tetapi lebih ringan sedikit. Bagi memudahkan untuk membawa ke kelas2..
Soalan dua, kecerahan LED memang tidak nampak langsung ke ketika hari siang dan tiada langsir?
Terima kasih.
Waalaikumusalam, ada projector yg ringan tetapi harganya mahal sedikit, sy telah membeli projector yg agak kecil seberat 1.7kg.. berat normal projector adalah 2.4kg.. led mmg tidak sesuai dalam kelas yg tiada langsir dan kadar ketajaman imej sgt tidak jelas.. bahaya jika pelajar lihat imej yg tak jelas sbb mudah menjadi rabun
salam cikgu saya nak tahu di mana ada jua lampu lcd jenis toshiba danbagaimana caranya untuk menggantikannya. lcd di sekolah saya diterima dari tahun 2007. nak ganti lampunya. saya tnggal di kluang johor.
Tq so much pkgsian entri ini.. tbaik djdkn pnduan
betul ke lamp untuk projektor boleh pecah bila sampai tempoh..?
ad langkah2 keselamatan…? Atau jenama yg lebih safety digunakan?
biasanya mentolnya tak pecah cuma ‘blow’ aje