Bicara Pembuka Tirai 2013

Telah hampir 2 bulan sekolah telah dibuka. Febuari pun bakal menutup tirai dua tiga hari lagi. Cikguromie.net telah masuk tahun ke2, walaupun pada dasarnya pembinaan portal Lkj ini adalah sejak tahun 2009 dengan nama lkj.gtechprk.net. Pelbagai perubahan sedikit demi sedikit telah menghiasi cikguromie.net bagi memudahkan pengguna menggunakan laman ini. Pelbagai bahan juga telah ditambah baik bagi memberikan informasi serta bahan latihan berguna kepada pelajar.

Tahun 2012 merupakan tahun yang agak bertuah kepada cikguromie.net apabila telah diberi dua pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan iaitu BEST E-LEARNING APICTA 2012 dan Johan Educational Blogging 2012. Tidak pernah terfikir sehingga begitu jauh pencapaian cikguromie.net ini, yang pada mulanya laman ini hanya ingin membantu pelajar mendapatkan bahan2 berkaitan lukisan kejuruteraan serta memberi ‘e-tuisyen’ kepada pelajar memandangkan lukisan kejuruteraan sukar untuk mendapatkan kelas tuisyen. Jika ada pun kelas tuisyen, saya berharap agar laman ini mampu menyelamatkan sedikit wang ibu bapa pelajar yg menjadikan cikguromie.net sebagai laman tuisyen percuma. Ibubapa juga lebih mudah memantau pembelajaran anak mereka di rumah.

Saya juga telah mendapat beberapa panggilan telefon bukan sahaja daripada guru dan pelajar, malah daripada ibu bapa. Maklum balas yang diberikan amat baik sekali. Bukan pelajar yang bersusah payah mencari bahan pembelajaran di internet tetapi ibu bapa yang lebih teruja apabila terjumpa cikguromie.net sebagai bahan pembelajaran utk anak mereka.

Bukan wang yang menjadi pilihan, tetapi apa yang penting bagi saya adalah bagaimana cikguromie.net dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar. Apalah guna laman yang cantik, mendapat pengiktirafan yg pelbagai jika bahan yg ada di dalamnya tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Saya sedang mencari platform bagaimana utk memperkembangkan serta mempromosi cikguromie.net kepada pelajar seluruh Malaysia.  Saya tahu masih ramai lagi pelajar lukisan kejuruteraan yang masih tidak tahu kewujudan cikguromie.net ini.

Saya juga telah melancarkan LKj Mobile yang merupakan aplikasi android yg boleh digunakan oleh pelajar menggunakan telefon pintar serta tablet. Sekurang 2nya dengan adanya aplikasi ini membolehkan pelajar mengulang kaji pelajaran walau di mana mereka berada.

Bagi guru2 pula, saya berharap agar laman dan kaedah yg saya gunakan ini akan memberi kan kepada mereka sedikit idea. Jika bole saya ingin kongsikan apa yg saya hasilkan ini kepada semua guru di Malaysia, supaya suatu hari nanti sy juga boleh belajar dari guru-guru yang lain melalui video pengajaran yang mereka hasilkan.

Saya bukan insan sempurna dan masih banyak teknik pengajaran yg perlu saya belajar.  Mungkin ada antara video2  saya yg menyinggung mana2 pihak, saya mohon maaf. Jika ade pengajaran sy yg tersalah juga saya pohon agar ade pihak yg menegur agar ia dapat saya perbaiki diri.

9 comments to Bicara Pembuka Tirai 2013

  • Jawatan Kosong  says:

    Walaupun sebelum ini saya agak kurang bersetuju dengan isu nie.
    .. tapi setelah mengkaji blog awak terutamanya pos nie.
    . saya semakin yakin… idea awak ada benarnya… terima kasih.
    ..

  • KHAIRUL ANUAR  says:

    SALAM..CIKGU..SAYA AMAT BERMINAT DENGAN VIDEO E PEMBELAJARAN YANG DIHASILKAN OLEH CIKGU..MINTA KONGSI MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN VIDEO LIVE LECTURE FORMAT..REAL WORLD/TIME CONCEPTS..MACAM MANA NAK HASILKAN..TERIMA KASIH

    • cikguromie  says:

      salam, untuk huraikan kaedahnya di sini saya rasa terlalu panjang dan teknikal, lebih elok jika datang sendiri ke kelas saya di SMK Seri Setia Teluk Intan utk tengok sendiri dan say boleh sedikit sebanyak memberi penerangan. Saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelawat yang berminat utk membuat rakaman pengajaran

  • AZMAN  says:

    TERIMA KASIH, SUMBANGAN BAHAN PEMBELAJARAN

    • cikguromie  says:

      terima kasih kembali kerana sudi mengguna nak memberi komen disini :)

  • Liv Chok  says:

    Saya amat suka kaedah pengajaran Cikgu Romie.( u r my idol ^_^ )
    Harap saya dapat prakticum di sekolah Cikgu Romie dengan syaratnya perlu rakam setiap pengajaran walaupun kurang pengalaman mengajar, tetapi kaedah ini juga boleh meningkatkan skill teaching saya. Hopefully i can do it as well. Terus Perjuangan dengan Cikgu Romie. Seribuan-ribuan Terima Kasih atas kebenaran Cikgu Romie untuk saya membuat rakaman pengajaran Cikgu Romie.

    • cikguromie  says:

      terbaik.. kedatangan anda dialu-alukan.. :)

  • opie  says:

    Asslmulaikum cguu…sy Opie DRI sabah…juga seorg guru tetapi bru shj posting Mac 2014…maaf nk Tanya cgu kalau cgu thu ada x projector yg boleh pakai bateri? Jenama apa? Xpyh nk guna wayar letrik…sbbnya sek sy sek pdlmn…letrik selalu xda…maaf sekali lg mngmbil ms cgu…trima kasi…

    • cikguromie  says:

      waalaikumusalam.. jika nak pakai bateri boleh tapi kene sambung pada alat lain utuk tingkatkan kuasanya kepada 240v, saya cadang lebih elok guna generator yg mcm kat pasar malam tu

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>