Bersama Cikgu Romie

bersama cikgu romie 2

Bersama Cikgu Romie adalah blog yang dibina bagi perbincangan dan berkongsi idea tentang teknologi dalam pendidikan. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam teknologi maklumat ini, sekadar berkongsi pengalaman dan idea sepanjang saya menjadi guru. Saya sering ditanya oleh rakan-rakan guru itu dan ini berkaitan dengan teknologi-teknologi yang hadir bertalu-talu tanpa ada sekatan. Setiap hari ada sahaja gadjet atau software baru dicipta. Banyak blog yang membincangkan penggunaan gadjet-gadjet canggih ini di internet, tapi bagi saya seorang guru lebih fokus kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Bagaimana teknologi ini dapat membantu guru-guru menjadikan pengajaran mereka lebih bermakna.

Antara soalan-soalan yang biasa ditanya kepada saya ‘Mie, aku nak beli laptop la, laptop jenis apa yang bagus?’.. ‘Mie, macamana nak sambung NOTE 10.1 nie ke LCD projector’.. ‘Mie, akak punye komputer nie tak dapat internet la’.. hehehe.. inilah antara soalan-soalan lazim dikalangan rakan-rakan saya. Saya tak salahkan mereka, teknologi bergerak sangat laju sehingga kita sendiri tak terkejar. Tapi takpe, sedikit sebanyak akan saya bantu berdasarkan masa yang ada.

Saya akan jadikan blog ‘BERSAMA CIKGU ROMIE’ ini sebagai platform untuk berkongsi apa yang saya tahu. Jika ada kesilapan saya harap agar mereka yang lebih berilmu dapat memperbetulkan maklumat yang saya berikan. Saya sendiri bukan lahir dari bidang IT.. Cuma pandai-pandai sendiri sahaja. Harap blog ini berguna kepada semua.

Cikgu Romie

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>