Siapa Cikgu Romie

Latar belakang :

CIKGU ROMIE mendapat pendidikan awal di SMK Dato’ Seri Maharajalela, Kg. Gajah meneruskan pendidikan menengah di MRSM Serting. Memperolehi IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (BAHAN) UTM pada tahun 2001. Menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan di MAKTAB TEKNIK KL untuk memperolehi DIPLOMA PENDIDIKAN (Lukisan Kejuruteraan) pada tahun 2003. Kini bertugas di SMK SERI SETIA TELUK INTAN, PERAK yang juga merupakan GURU CEMERLANG LUKISAN KEJURUTERAAN. Berpengalaman mengajar Lukisan Kejuruteraan sejak tahun 2004 dan terlibat secara aktif di peringkat negeri Perak dalam menggubal soalan, membina modul dan bahan bantu mengajar kepada guru-guru LKJ negeri Perak.

 

Pencapaian :

Tahun 2010

1.       GURU INOVATIF Kategori individu Sekolah Menengah Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak

2.       GURU INOVATIF Kategori individu Sekolah Menengah Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak

3.       ANUGERAH KHAS GURU (ICT) Daerah Hilir Perak

4.       JOHAN PERTANDINGAN PORTAL UNTUK P&P Peringkat Negeri Perak.

5.       JOHAN PERTANDINGAN VIDEO UNTUK P&P Peringkat Negeri Perak.

 

Tahun 2011

1.       GURU INOVATIF ICT Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak

2.       GURU INOVATIF ICT Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak

3.       ANUGERAH KUALITI Daerah Hilir Perak – Guru Inovatif ICT

4.       ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Tahun 2012

1.       Winner MSC Malaysia APICTA 2012 – Kategori Best E-Learning ( Mewakili Malaysia ke APICTA 2012 di Brunei )

2.       Pemenang Pertama Pertandingan Educational Blogging 2012 Kebangsaan anjuran UPSI

 

Tahun 2013

1.       Guru Inovatif Kebangsaan Kategori Individu Menengah – LKJ Mobile

2.       Anugerah Khas Guru Inovatif Sempena Hari Guru Negeri Perak

3.       Silver Medal – Pameran EDU-Ineri Upsi

7 comments to Siapa Cikgu Romie

  • itamta bin harun  says:

    tahniah Cikgu Romie meraih pelbagai kejayaan 2010 hingga 2012.

    • cikguromie  says:

      terima kasih atas sokongan yang diberikan

  • norazmira  says:

    Assalamualaikum…. cikgu sy mira maaf terlebih dahulu sy x tahu nak hantar email kat cikgu tekan punya tekan las2 taip kat sini je la. cikgu sy tahun nak ambik spm persendirian sebelum ni sy x pernah ambik spm sebab masalah kesihatan. salah 1 subjek yg sy ambik ialah lukisan kejuruteraan sebab dulu masa umur sy 17 sy buat sijil pelukis pelan kejuruteraan dan struktur. jadi sy ingin memohon bantuan cikgu berkaitan subjek ini harap sangat cikgu dapat membantu.

  • IRNI ISA  says:

    saya seorang guru sekolah rendah di batu gajah….sebelum ni saya mengajar di sk tg bayan teluk intan….. saya ingin beli sebuah lcd projektor…. boleh tak cikgu tolong cadangkan lcd yg sesuai dalam anggaran harga rm1000-rm2000. dan dimana boleh saya dapatkan lcd tersebut…nama kedai atau syarikat…tq

    • cikguromie  says:

      dengan budjet sebegitu, pergi sahaja di mana2 kedai komputer cikgu boleh dapatkan LCD projektor yang berkenan.. pilihlah yg kecil dan mudah dibawa

  • yusra yusof  says:

    Tahniah, cikgu Romie.

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>