WIFI Booster

wifi booster slide

Assalamualaikum dan salam hormat.

Sejak kebelakangan ini pelbagai aplikasi online telah diperkenalkan oleh kementerian, sama ada PBS, EMIS, SAPS, HRMIS dan pelbagai lagi. Sambungan internet merupakan satu keperluan kepada guru. Jika guru tiada sambungan internet maka akan sukar bagi guru tersebut untuk menyiapkan segala macam ONLINE ini. Jangan terkejut jika ada sesetengah guru yang sanggup pergi ke Cyber Cafe semata-mata untuk menyiapkan tugasan ONLINE ini.

Bagi guru-guru yang bermodal pasti akan menggunakan BROADBAND sebagai jalan penyelesaian. Bagaimana pula kemudahan yang disediakan oleh KEMENTERIAN. YTL network telah menyediakan kemudahan wifi secara percuma di sekolah. Masalah yang timbul pula adalah mereka hanya menyediakan 3 zoom 4G gateway & 1 sebagai simpanan. Persoalannya adalah “adakah dengan menyediakan 3 peranti ini cukup menampung kawasan sekolah yang besar”.

Contohnya sekolah saya sendiri di mana zoom 4G gateway diletakkan di pejabat. Jadi capaian wifi tidak sampai ke bilik guru. Saya juga sering ditanya oleh kawan-kawan ‘Mie, macamana nie, internet tak dapat la kat bilik guru’. Salah satu penyelesaian adalah dengan menggunakan booster wifi. Booster ini banyak terdapat dipasaran.wifi booster

Rajah di atas menunjukkan satu contoh wifi booster yang boleh digunakan. Hanya sambungkan wifi booster ini ke USB port dan install driver yang diberikan. Agak jauh juga jarak yang boleh digunakan untuk mendapatkan signal wifi. So anda boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Harap dapat membantu.. TQ

Leave a reply

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>